Tuesday, September 1, 2009

ramadan kareem~

bersame2 imarahkan ramadan....

Saturday, August 29, 2009

Sunday, August 23, 2009

salam ramadan

dalam sebuah hadis disebutkan, Ketika Rasullah s.a.w melihat anak bulan , baginda mengucapkan :

Maksudnya:

“Ya Allah! Bulan Ramadan telah mendatangi kami, sedangkan kami dalam keadaan aman dan beriman, serta dalam keadaan selamat dan Islam. Wahai anak bulan! Tuhanku dan Tuhanmu adalahAllah. Dan sesungguhnya engkau adalah anak bulan yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami. “[1]

Di awal bulan Ramadan, Nabi s.a.w selalu menyampaikan kepada umatnya firman Allah s.w.t :

Maksudnya:

“Setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang akan membalasnya. ”[2]

Sahal bin Saad meriwayatkan Rasullah s.a.w bersabda

Maksudnya:

“Di syurga ada satu pintu yang diberi nama dengan pintu ‘al-Rayyan’. Orang-orang yang berpuasa akan masuk ke dalam syurga melalui pintu itu. Jika mereka telah mas uk, pintu itu akan ditutup semula, sehingga tidak ada orang lain selain mereka yang masuk ke syurga melalui pintu itu. “[3]

Thursday, August 20, 2009

Wednesday, August 19, 2009

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Shared via AddThis

isteri solehah...

Isteri Yang Solehah





Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam.

aku tak mampu....


kemarin aku ketawa

semalam aku menangis

hari ini aku menangis lg

aku berharap hari esok akan dtg bunga2 kegembiraan

namun aku x pasti

kerana aku adalah dicipta

rhsia Pencipta bukan tandingn akal ku

moga suatu hari nnti akan tersingkap segala keresahan

dan terciptalah kbhgiaan

best picture of me...

best picture of me...